Tuesday, February 23, 2016

KAK ROS MEE UDANG BERASAP, SG. BARU, PERAK


             
      Kak Ros Mee Udang Berasap, Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak beroperasi di laluan menuju ke Kuala Gula. Sesiapa yg hendak ke Kuala Gula melalui jambatan di Kuala Kurau pasti akan ternampak papan tanda berwarna biru di sebelah kiri jalan milik kedai ini. Kedai makan ini menjual pelbagai masakan seperti steamboat, mee, bihun, maggi, goreng tepung dan sebagainya yang berasaskan makanan laut. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz dan jenis masakan. Harga tersangatlah berpatutan.
 
Mee Udang + Ketam + Sotong Berasap!
        Masakan yang dihidangkan terkenal dengan efek sizzle dan asap yang sangat mengujakan. Ini kerana masakan akan dimasak dan dihidang dalam alas tanah liat ala claypot/ sizzling. Dari situlah terciptanya nama Kak Ros Mee Udang Berasap. 


          Kedai ini beroperasi bermula pada pukul 3.00 petang sehingga malam. Sudah pastinya pada waktu malam lebih meriah. Walaupun kedai ini terletak di tepi jalan namun setelah memasuki kedai anda akan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang sangat menenangkan. Dengan masakan yang sangat menyelerakan dan berpatutan pada harganya memang akan membuatkan anda untuk datang lagi dan lagi.

No comments: