Monday, February 8, 2016

MEE UDANG LAN BAN PECAH



    Lokasi makan angin kali ni di Ban Pecah, Tanjung Piandang, utara Negeri Perak. Di Ban Pecah ni ada satu kedai makan yang semakin lama semakin terkenal. Kedai ni agak tersorok dan berdekatan dengan kawasan laut. Kalau nak menuju ke kedai ni perlulah melalui jalan kampung yang sangat kecil. Sehinggakan kalau berselisih kereta mungkin tak muat. Tapi jangan risau kerana kawasan untuk parkir amat luas.  

    Kedai ini terkenal dengan menu Mee Rebus dan Kari Ikan Sembilang. Mee rebus udang dan sotong sering menjadi pilihan. Harga pula sangat berpatutan. Harga bagi kari ikan sembilang pula adalah mengikut saiz ikan. Harga okay tak perlu risau. Yang penting makanan sedap dan bahan-bahan yang digunakan terutamanya makanan laut sangat fresh. Almaklumlah dengan lokasi yang berdekatan dangan laut jadi mudahlah nak dapatkan bekalan. Seseiapa yang tak pernah melihat atau merasa udang lipan atau kerata bolehlah mencuba di sini. Menu lain seperti laksa juga ada dijual. 



 Mee Rebus Udang

Mee Rebus Sotong
    
     Kedai ni beroperasi jam 2.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Kalau tak yakin kedai ni buka atau tidak bolehlah menghubungi Brader Lan:- 0142431773. Bersebelahan dengan kedai juga ada dibina surau bagi kemudahan pengunjung yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Bagi kaki pancing pula, di tapak ban pecah ada dibina pelantar atau kawasan berbumbung yang menganjur ke laut. Kaki fotografi juga boleh mencurahkan bakat di pelantar tersebut kerana menjelang matahari tenggelam suasana alam sangat mengujakan. Juga dicadangkan kepada mereka yang mahu membuat wedding photography.  








No comments: