Tuesday, February 23, 2016

KAK ROS MEE UDANG BERASAP, SG. BARU, PERAK


             
      Kak Ros Mee Udang Berasap, Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak beroperasi di laluan menuju ke Kuala Gula. Sesiapa yg hendak ke Kuala Gula melalui jambatan di Kuala Kurau pasti akan ternampak papan tanda berwarna biru di sebelah kiri jalan milik kedai ini. Kedai makan ini menjual pelbagai masakan seperti steamboat, mee, bihun, maggi, goreng tepung dan sebagainya yang berasaskan makanan laut. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz dan jenis masakan. Harga tersangatlah berpatutan.
 
Mee Udang + Ketam + Sotong Berasap!
        Masakan yang dihidangkan terkenal dengan efek sizzle dan asap yang sangat mengujakan. Ini kerana masakan akan dimasak dan dihidang dalam alas tanah liat ala claypot/ sizzling. Dari situlah terciptanya nama Kak Ros Mee Udang Berasap. 


          Kedai ini beroperasi bermula pada pukul 3.00 petang sehingga malam. Sudah pastinya pada waktu malam lebih meriah. Walaupun kedai ini terletak di tepi jalan namun setelah memasuki kedai anda akan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang sangat menenangkan. Dengan masakan yang sangat menyelerakan dan berpatutan pada harganya memang akan membuatkan anda untuk datang lagi dan lagi.

AISKRIM KELAPA LELEH KAMPAR, PERAK


          Aiskrim kelapa semakin terkenal semenjak dua menjak ni. Makan Angin ke Kampar, Perak untuk mencuba aiskrim kelapa ini sebab lokasi ni semakin terkenal di laman sosial. Lokasi ni terletak berhadapan dengan Masjid Daerah An-Nur di Jalan Iskandar. Kalau masjid berada di sebelah bahu kiri bermakna kedai aiskrim ini berada di sebelah kanan. Jadi anda kena u-turn. Ada juga kedai makan bersebelahan dengan kawasan masjid tapi itu bukan lokasi sebenar. Mungkin mengelirukan sedikit sebab ada banyak kelapa juga kat kedai tu. Kalau google map atau waze Masjid Daerah An-Nur mesti boleh jumpa lokasi ni. 

     Kedai ni sangat low profile seperti juga tuannya. Nampak macam kedai makan biasa. Sign "Aiskrim Kelapa Leleh" pun hanya ditulis di atas sehelai kain putih dan dibuat banner. Krew Jalan-jalan Cari Makan pernah nak buat coverage kat kedai ni tapi owner tak nak katanya. Tapi tak perlu kot. So, kedai ni buka setiap hari kecuali hari Isnin. Buka dari pukul 10.00 pagi sampai kira-kira 6.00 petang (mungkin lebih awal). Harga aiskrim kepala ni RM 5. Sangat berbaloi. Aiskrim ni diperbuat daripada 3 jenis perisa aiskrim, jagung, kacang, chocolate sprinkle, wafel coklat dan tentunya isi kelapa.
      Selain tu, kedai ni juga ada menjual pelbagai masakan lain contohnya laksa dan masakan goreng yang lain. Selain mencuba aiskrim kelapa yang sangat menyegarkan ini, anda boleh juga mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. 
       

p/s: Sesiapa ada pengalaman makan aiskrim kelapa yang famous kat Kelantan tu bolehlah share details. :)



          


         

Monday, February 8, 2016

MEE UDANG LAN BAN PECAH



    Lokasi makan angin kali ni di Ban Pecah, Tanjung Piandang, utara Negeri Perak. Di Ban Pecah ni ada satu kedai makan yang semakin lama semakin terkenal. Kedai ni agak tersorok dan berdekatan dengan kawasan laut. Kalau nak menuju ke kedai ni perlulah melalui jalan kampung yang sangat kecil. Sehinggakan kalau berselisih kereta mungkin tak muat. Tapi jangan risau kerana kawasan untuk parkir amat luas.  

    Kedai ini terkenal dengan menu Mee Rebus dan Kari Ikan Sembilang. Mee rebus udang dan sotong sering menjadi pilihan. Harga pula sangat berpatutan. Harga bagi kari ikan sembilang pula adalah mengikut saiz ikan. Harga okay tak perlu risau. Yang penting makanan sedap dan bahan-bahan yang digunakan terutamanya makanan laut sangat fresh. Almaklumlah dengan lokasi yang berdekatan dangan laut jadi mudahlah nak dapatkan bekalan. Seseiapa yang tak pernah melihat atau merasa udang lipan atau kerata bolehlah mencuba di sini. Menu lain seperti laksa juga ada dijual. 



 Mee Rebus Udang

Mee Rebus Sotong
    
     Kedai ni beroperasi jam 2.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Kalau tak yakin kedai ni buka atau tidak bolehlah menghubungi Brader Lan:- 0142431773. Bersebelahan dengan kedai juga ada dibina surau bagi kemudahan pengunjung yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Bagi kaki pancing pula, di tapak ban pecah ada dibina pelantar atau kawasan berbumbung yang menganjur ke laut. Kaki fotografi juga boleh mencurahkan bakat di pelantar tersebut kerana menjelang matahari tenggelam suasana alam sangat mengujakan. Juga dicadangkan kepada mereka yang mahu membuat wedding photography.